TUMBUHAN

TUMBUHAN DAN BAHAGIAN TUMBUHAN

Banyak jenis tumbuhan hidup di sekeliling kita. Ada tumbuhan yang tinggi dan besar, ada pula yang rendah dan kecil.
pokok kelapa
 



pokok pisang
rafflesia
rumput



pokok mangga
paku pakis


pokok nanas
pokok kelapa sawit
pokok bunga mawar



 Bahagian- bahagian tumbuhan

  
  • Batang menyokong tumbuhan di atas tanah. 
  •  Akar menyerap air dari tanah.
  •  Daun hijau membuat makanan bagi tumbuhan. 
  •  Buah mengandungi biji benih. 
  •  Biji benih membesar untuk menjadi pokok baharu.



Ciri- ciri yang sama dan berbeza pada tumbuhan.

1)  Pokok mangga dan pokok langsuir.






  










Kedua-dua pokok ada daun dan akar. Pokok mangga tumbuh di tanah tetapi pokok langsuir tumpang pada pokok lain.


2) Pokok bunga raya dan pokok teratai


















Kedua-dua pokok berbunga. Pokok bunga raya hidup di darat tetapi pokok teratai hidup di air.





ISTILAH  DALAM DWIBAHASA
BIL.
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris

1
pokok pisang

banana plant
2
pokok mangga

mango tree
3
pokok kelapa

coconut palm
4
pokok betik

papaya plant
5
pokok buluh

bamboo plant
6
pokok bunga matahari

sunflower plant
7
pokok telipok

water lily plant
8
pokok bunga kana

canna plant
9
pokok seri pagi

morning glory plant
10
pokok ros

ros plant
11
pokok bunga raya

hibiscus plant
12

dahan
branch
13

batang
trunk
14

buah
fruit

1 comment:

  1. Mengajar tumbuh-tumbuhan secara gambar dan video akan meransang ingin tahu murid

    ReplyDelete