BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP
Alam ini ada pelbagai benda. Benda di Bumi dibahagi kepada benda hidup dan benda bukan hidup.Benda hidup memerlukan makanan,minuman, boleh membesar dan boleh membiak.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan tidak boleh membiak.

CIRI-CIRI BENDA HIDUP
Benda hidup dikelaskan kepada haiwan dan tumbuhan. Semua benda hidup mempunyai ciri-ciri yang berikut:
a)  memerlukan air
Benda hidup memerlukan air untuk hidip. Tumbuhan menyerap air dari tanah melalui akarnya.

b) memerlukan makanan
 Benda hidup memerlukan makanan untuk hidup.Haiwan mencari makanan di sekelilingnya. Haiwan makan tumbuhan atau haiwan yang lain. Kita perlu makan sayur dan daging untuk menjaga kesihatan.
·          
·        Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri. Ada tumbuhan boleh simpan makanan dalam buah dan akar.


c) bernafas
Benda hidup bernafas untuk mendapatkan udara. Benda hidup bernafas dengan cara-cara yang berbeza.
·        Manusia bernafas melalui paru-paru. 

·         Ikan bernafas dalam air melalui insang. 

·         Katak boleh bernafas melalui paru-paru dan kulit.

    
     Tumbuhan bernafas melalui daun, batang dan akar.


d) bergerak
Haiwan boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Haiwan bergerak untuk mencari makanan atau melarikan diri daripada bahaya. Hanya sebahagian tumbuhan dapat bergerak. Sebagai contohnya, daun pokok semalu menguncup apabila disentuh.

e) membesar
Benda hidup boleh membesar. Manusia membesar daripada peringkat bayi kepada peringkat dewasa. Haiwan juga membesar daripada peringkat anak kepada peringkat dewasa. Tumbuhan membesar daripada peringkat anak benih kepada peringkat tumbuhan dewasa.

f) membiak
Benda hidup membiak untuk mendapatkan anak.

Haiwan dapat membiak untuk mendapatkan dua cara, iaitu melahirkan anak atau bertelur.

·         Haiwan yang melahirkan anak

·         Haiwan yang bertelur

Banyak tumbuhan membiak melalui biji benih. Tumbuhan lain dapat membiak melalui batang dan daun.








ISTILAH PENTING DALAM DWIBAHASA

BIL.
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris

1
Memerlukan air
Need water

2
Memerlukan makanan
Need food

3
Bernafas
Breathe

4
Bergerak
Move

5
Membesar
Grow

6
Membiak
Reproduce

3 comments:

  1. Jadual istilah dalam dwibahasa ini banyak membantu murid dalam menguasai perkataan-perkataan sains.

    ReplyDelete
  2. Melalui ciri-ciri benda hidup murid-murid dapat mengenalpasti benda hidup dan bukan benda bukan hidup

    ReplyDelete
  3. gambar yang menarik dan berwarna-warni dapat memudahkan murid-murid untuk memahami isi kandungan.

    ReplyDelete